Thursday, May 13, 2010

Kelebihan dari 5S

Semasa aku laksanakan 5S ini dahulu, ada beberapa pengajaran yang aku terima yang aku kira elok aku nyatakan disini;1) Adakah aku menyusun sampah? Orang Malaysia ini, memang terkenal banyak harta. Susah sangat kita nak depart dengan barang-barang yang kita ada walaupun sebenarnya kita tidak memerlukannya. Bukankah ruang itu merupakan satu kos? Fikirkan …2) Mula-mula dulu aku sangka, bila buat 5S ini akan melibatkan kos yang banyak. Tapi aku silap. Kosnya amat minima. Lagi banyak recycle item yang digunakan, lagi bagus. Hasilnya memang memuaskan hati.3) Sebab aku sendiri yang susah payah (sampai sakit badan aku) buat 5S, sudahnya aku pikir dua kali untuk menyelerakkan ruang kerja aku ini. Malah yang bagusnya, aku mula amal 5S 10 minit setiap hari terutamanya sebelum aku balik kerja.4) Semangat gotong royong dan kerjasama antara kami pun nampak makin baik. Tak payah habis duit pergi buat teambuilding di luar sana. I think the easiest, practical and effective team building ever I have attended is this 5S implementation!
.
5) Selepas amal 5S ini, sedar tak sedar baru aku sedar bahawa dengan melaksanakan 5S, sudahnya mudah untuk aku mentadbir pengurusan kualiti yang ada seperti, Process Standardization & Improvement (ISO), Anugerah Kualiti Industri Perdana Menteri (AKIPM) dan lain-lain. Dalam kata lain 5S merupakan asas kepada perlaksanaan pengurusan kualiti.Bayangkan jika kita amal 5S pada semua ruang yang kita duduki seperti rumah kita, tempat ibadat kita, ruang komuniti kita dan sebagainya. Aku rasa apa kata mantan PM kita Pak Lah dahulu bahawa kita ni ‘World Class Infrastructure, Third World Mentality’ akan bertukar menjadi ‘'World Class Infrastructure, World Class Mentality’. Ceritanya mudah dan amat praktikal


SUMBER DIPETIK DARI http://miorazliatsssabasic.blogspot.com/2009/04/5s.html?showComment=1273725729636_AIe9_BFZNXyD6G1OuLeqUR8d59Bu2275smTr8kW9wtejXDjMHAZKEhSBRiEiBLvdvW875vxK2fON1tbuJDAA-o0nExQqAtaIBgA1MMBJnS95ZpgbnpNcd3zfCq2sflGIOoj4Zepvxfvcb2LqhEOYyPPFenYXMj_wGn5YHL22gEgRNhh9ASf0SIidC8ZVwiaUB7FSRzldnowjsuB3L4lZ3Ve_tOW86Hd2ow#c1629540775593321167

No comments:

Post a Comment